Siaran Media: Bantuan Tunai RM500 (Kementerian Kewangan Malaysia)

PELAKSANAAN PEMBERIAN BANTUAN TUNAI RM500 BAGI MERINGANKAN BEBAN KOS HIDUP RAKYAT.

Bantuan kewangan sebanyak RM 500.00 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta agensi-agensi kerajaan mulai 10 Disember 2011. Borang yang lengkap beserta salian Kad Pengenalan hendaklah diserahkan di pejabat-pejabat kerajaan yang terpilih (rujuk lampiran). Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Tawaran ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia di negara ini dan tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang telah ditetapkan.


Talian Hotline Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), RM500 : 1-800-222-500 (bebas tol) akan mula beroperasi pada 7 Disember 2011 atau e-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my. Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (hari bekerja)”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

, , , , , ,

Comments are closed.